Penyerang JDT terbabit kemalangan, tiga termasuk bayi mavt

Penyerang JDT terbabit kemalangan, tiga termasuk bayi mavt

Awal pagi tadi, kita dikejutkan dengan kemalangan ngeri yang melibatkan pemain bolasepak Johor Darul Takzim iaitu Muhammad Syafiq Ahmad, 25.

Anak lelaki mavt
Kemalangan yang berlaku telah mengorbankan bayi lelakinya berusia 22 hari dalam kejadian di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Sungai Bakap apabila Toyota Vellfire yang dipandu terbabas dan melanggar pembahagi jalan.
Ibu mertua & seorang wanita indonesia turut mavt

Dalam laporan yang dikeluarkan oleh Kosmo, selain daripada bayi lelakinya, ibu mertuanya Zainab Wahab, 45, dan seorang warga Indonesia, Titik Sukamti, 30-an turut dilaporkan meninggal dvnia
Syafiq & anak perempuan cedera ringan, isteri parah

Sementara itu, Syafiq Ahmad yang juga pemain muda negara dan seorang lagi anak perempuannya, Aaira Nur Saffiyya, 2, cedera ringan manakala isteri beliau, Nur Amalina Nur Ain, 25, dilaporkan cedera parah.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 5.36 pagi dan tiba di lokasi kurang 10 minit kemudian.
“Terdapat enam mangsa iaitu tiga dalam keadaan selamat manakala tiga lagi tersepit di dalam kenderaan itu. Pasukan bomba kemudian membuat kerja-kerja mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas.” Katanya.
Tiga mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Mangsa yang parah kini berada di zon merah Hospital Serang Jaya selepas dipindahkan dari Hospital Sungai Bekap.
LihatTutupKomentar