Tidak Diizinkan Berlakon Oleh Suami, 7 Tahun Berlalu, Tak Sangka Begini Rupanya Kehidupan Hanez Suraya

Tidak Diizinkan Berlakon Oleh Suami, 7 Tahun Berlalu, Tak Sangka Begini Rupanya Kehidupan Hanez Suraya


Pelakon Hanez Suraya, 32, akur apabila suaminya yang juga ahli perniagaan, Romie Razin, tidak mengizinkannya untuk kembali ke dunia lakonan.Hanez yang kali terakhir berlakon dalam drama Love You Mr Arrogant empat tahun lalu bagaimanapun cuba memujuk dengan harapan suaminya berubah fikiran tetapi dia tetap dengan pendiriannya. “Tak ada apa yang perlu dikesalkan tetapi tipulah kalau saya kata tak rindu nak berlakon semula.

Namun sebagai isteri apa yang paling penting sekarang adalah patuh perintah suami. Mungkin ada sebab suami berbuat sedemikian. Apatah lagi dalam dunia lakonan macam-macam boleh terjadi.”Walaupun tak berlakon, tetapi suami mengizinkan saya untuk menjalankan perniagaan sendiri. Alhamdulillah, sudah tiga bulan saya mengusahakan tudung sendiri yang dijual secara online dan mendapat sambutan yang baik,” katanya kepada Rojak Daily Kaw!

Awalnya, Hanez kurang yakin untuk memulakan perniagaan itu kerana bimbang mendapat maklum balas buruk daripada pengguna gara-gara dia dihentam dan dikritik teruk  peminat dua tahun lalu apabila dia didakwa menjadi punca keretakan rumah tangga Romie bersama isteri pertama dulu. Hanez yang berkahwin pada 25 Mac 2015 mengakui semakin bahagia bersama suami dan anak sulung mereka Puteri Aleesya yang kini berusia setahun dua bulan.

“Sejak tak berlakon masa saya banyak dihabiskan bersama keluarga. Kalau dulu saya menguruskan sendiri rumah tangga tanpa pembantu rumahtetapi sejak anak berumur tujuh bulan, baru saya berani menggunakan khidmat pembantu,” katanya.Perkara itu sekali gus menafikan khabar angin rumah tangga Hanez dan suami berantakan. “Saya pun pelik macam mana cerita itu boleh timbul. Apatah lagi terlalu banyak cerita yang ditokok tambah.


Ketika cerita itu tersebar saya dan suami okey saja. Tapi apabila pelbagai spekulasi timbul membuatkan perkara itu menjadi rumit.”Suami bukan orang industri jadi dia jenis yang mudah terpengaruh dengan cerita yang disampaikan. Disebabkan itu saya perlu menjelaskannya satu persatu sehingga dia faham. Apa yang paling penting saya meminta agar dia tak mudah percaya,” katanya.

Sedikit info Hanez Suraya

Hanez Suraya Abdul Aziz (lahir 22 Ogos 1985) ialah seorang pelakon wanita Malaysia. Dari kerjaya lakonannya, Hanez diperkenalkan oleh Rosnani Jamil menerusi filem Bicara Hati yang turut dibintangi oleh Fazura dan Sheera Iskandar. Beliau turut berlakon dalam 3 Janji, dan juga telefilem berjudul Bimbo untuk siaran Astro Ria selain Hidayah Cintaku (RTM) dan Suri (TV3).

Hanez Suraya dilaporkan bercinta dengan Syed Ali tetapi Hanez menolak gosip itu.

Pada 25 Mac 2015, Hanez sah menjadi isteri kepada Romie Razin Adilha Abd Rais dengan sekali lafaz. Pasangan ini telah dikurniakan puteri sulung yang diberi nama Puteri Aleesya.

“Nak Tayang Kat Siapa Bentuk Body Tu, Bahal*l?” – Hanez Suraya Dedah Terima Komen Melampau

Pelakon dan usahawan, Hanez Suraya berkongsi satu komen yang dihantar pengguna Instagram menerusi ‘direct message’ (DM) yang antara lain mengecam penampilannya yang didakwa tidak menjaga aurat dengan baik meski bertudung.

Komen individu berkenaan dikongsikan ibu kepada dua cahaya mata itu menerusi Insta Stories pada Rabu.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan foto mana yang dimaksudkan individu tersebut hingga sanggup memberikan reaksi dengan menggunakan bahasa yang agak kasar.

“Nak Tayang Kat Siapa Bentuk Body Tu, Bahal*l?” – Hanez Suraya Dedah Terima Komen MelampauMacam inilah jadinya kalau hanya faham tutup aurat tu hanya pakai tudung. What a stupid idi*t thinking like you, Hanez Suraya,” antara reaksi yang dihantar.


Tidak memberikan reaksi panjang, Hanez hanya ‘mengucap’ Astaghfirullahalazim terhadap respon tersebut.


Hanez kini banyak mengisi masa dengan berbasikal dan turut berkongsikan rutin aktiviti sihatnya itu di media sosial.

LihatTutupKomentar