Lagi 2 Bulan Nikah, Bakal Suami Tak Mahu Teruskan…Beritahu Nak Jatuhkan Talak Kalau Kahwin Juga
Calon suami batalkan majlis
Kisah sedih itu dikongsikan oleh seorang gadis dikenali dengan nama Atin Husin di akaun TikTok miliknya. Menurut Atin, dia dan bakal suaminya sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada hujung tahun ini tetapi siapa sangka, lelaki itu dikatakan mahu membatalkan perkahwinan sedangkan segala persiapan hampir selesai termasuklah kad kahwin, barang hantaran dan sebagainya.
Cukup sampai di sini. 10.10.2022 tugas aku kini sudah selesai. Terima kasih dalam segala hal. Dugaan bertunang kita terlalu mencabar bagi kita. Kita tak mampu mempertahankannya. 2 bulan lagi sebelum majlis 24.12.2022.
Tapi kau membuat keputusan untuk memutuskan juga hubungan ini, walau kau tahu semua persiapan sudah pun siap tinggal menunggu dan bulan sahaja. Sesungguhnya jauh dari sudut hati untuk menerima kenyataan. Sakit sebuah pengorbanan, sakit lagi sebuah lakonan. Semoga ada keadilan buat diri ku.
Susulan daripada keputusan calon suaminya itu, sesi photoshoot pre wedding dan sesi fitting baju pengantin terpaksa dibatalkan. Lebih perit lagi apabila lelaki berkenaan mengatakan dia akan melafazkan talak kepadanya selepas berkahwin melalui perbualan di aplikasi WhatsApp.
Sehebat mana ujian buat diriku, belum tentu akan ada kekuatan pada diri sendiri. Persiapan sudah pun siap. Kad kahwin, barang hantaran dan sebagainya. Minggu depan kami ada photoshoot pre-wedding tapi terpaksa dibatalkan atas permintaan dari lelaki.
Dan kami ada fitting baju untuk bulan 11. Tidak mengapa. Semuanya sudah tertulis jalan ceritanya begini. Tak mampu untuk bertahan lagi kerana diri ini terlalu lemah dalam hal ini.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati dengan nasib yang menimpa gadis terbabit. Malah, ada juga di antara mereka yang berasa terkilan dengan apa yang dikatakan oleh lelaki berkenaan.