Lagi kes ibu tinggalkan anak berusia 2 bulan di perhentian bas 😭😭

Lagi kes ibu tinggalkan anak berusia 2 bulan di perhentian bas 😭😭


SEREMBAN: Seorang pekerja pembersihan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Felda Sri Sendayan, di sini, hari ini menemui bayi di sebuah perhentian bas berhadapan sekolah berkenaan.

Bayi yang dibungkus dengan tuala itu dan diletakkan di dalam kotak ditemui pada jam 11.58 pagi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban menerima maklumat terdapat seorang bayi ditemui seorang pekerja pembersihan.

"Bayi perempuan yang bangsanya tidak pasti dijumpai di sebuah perhentian bas berhadapan SMK Felda Sri Sendayan. Ia ditemukan dalam keadaan sihat dan dianggarkan baru berusia dua hari.

"Bayi itu kemudian dihantar ke Hospital Tuanku Ja`afar (HTJ) Seremban untuk pemeriksaan lanjut," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, kes di siasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001.

Mohd Said berkata, pihaknya memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes yang berkenaan untuk tampil memberi maklumat.

"Mereka yang mempunyai maklumat terhadap kes yang disiasat itu boleh menghubungi pegawai penyiasat iaitu Inspektor Adi Khusaini Saripudin di talian 012-7778789,"

katanya.

Sementara itu, seorang guru yang bertugas di SMK Sri Sendayan dan enggan namanya disiarkan, akui terkejut dengan kes penemuan seorang bayi selepas menerima maklumat itu melalui WhatsApp.

"Bagaimanapun, saya tidak tahu menahu individu yang menjumpai itu kerana mereka adalah kakitangan syarikat swasta," katanya

LihatTutupKomentar