Dua beradik mavt kemaIangan angkara lampu isyarat rosak
Semoga roh arwh dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang2 yang beriman.
SUNGAI PETANI: Dua beradik perempuan mennggal dunia ketika dalam rawatan kecemasan, akibat cedra parh selepas motosikal ditunggang mereka terbabit dalam nahas dengan sebuah kereta di persimpangan Jalan Sungai Layar Hujung, tengah hari semalam.
RAKAMAN PENUH ADA DI BAWAH SEKALI
Dua beradik itu cedera parah selepas motosikal dinaiki mereka terbabit kemalngan dengan sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat Jalan Sungai Layar Hujung, dekat sini.
Siasatan awal polis mendapati motosikal dua beradik itu dalam perjalanan dari Sungai Layar menuju ke Semeling, manakala kereta dipandu seorang guru wanita berusia 54 tahun dari Sungai Jagung menghala Laguna, Merbok.
Ketika tiba di persimpangan terbabit, pemandu kereta dan penunggang motosikal tidak berhenti atau memperlahankan kenderaan masing-masing ketika melewati lampu isyarat itu menyebabkan pelanggaran berlaku di antara dua kenderaan berkenaan.
Difahamkan, ketika kejadian lampu isyarat terbabit mengalami kerosakan.