Demi puaskan n4fsu, ‘Raja Playboy’ tak senang duduk, bakal kahwin kali ke-88

Demi puaskan n4fsu, ‘Raja Playboy’ tak senang duduk, bakal kahwin kali ke-88


Seorang lelaki warga emas dikenali Kaan mendedahkan dia pernah berkahwin sebanyak 87 kali dan bakal mendirikan rumah tangga sekali lagi hanya kerana mahu memuaskan nafsu batinnya. Macam tak percaya, tapi itulah kenyataannya!

Memetik laporan Detik, lelaki ini berkahwin buat kali pertama ketika usianya 14 tahun dengan seorang gadis berusia 16 tahun. Bagaimanapun, hubungan yang dibina dia bersama isteri pertama hanya bertahan dua tahun.

“Yang pertama ini sempat mempunyai anak tetapi isteri mengalami keguguran,”ujarnya.

Bercerita lanjut mengenai perkahwinan seterusnya, Kaan mendedahkan perkahwinannya paling singkat cuma bertahan beberapa minggu sahaja. Tetapi, ada juga pernikahannya kekal lama iaitu mencapai puluhan tahun.

Selain itu, Kaan juga mendedahkan dia cuma menggunakan ayat-ayat manis bagi menawan hati para wanita sebelum dijadikan isterinya. Seramai 46 anak dara dinikahinya dan selebihnya seusia dengannya dan lebih tua.

Disoal mengenai alasannya berkahwin ramai, dia dikenali ‘Raja Playboy’ di Majalengka, wilayah Jawa Barat menegaskan ia dibuat atas dasar mahu menolak berlaku zina.

“Saya enggak mau memainkan perempuan. Kasihan juga anak orang. Daripada saya ‘jajan’ di jalan, mending nikah, karena saya orangnya suka memuaskan nafsu birahi saya. Kalau perempuan itu udah enggak memuaskan saya, ya udah diceria,”katanya.

Dalam masa sama, Kaan mengaku perbuataannya itu adalah contoh tak baik. Bukan itu sahaja, disebabkan kerap berkahwin, dia juga susah makan dan tidur kerana sering memikirkan perempuan.

Sepanjang 86 kali dia berkahwin, Kaan kini mempunyai 7 orang anak perempuan daripada 6 orang ibu berlainan. Katanya lagi, dia sudah mempunyai merancangan untuk merujuk semula dengan bekas isterinya yang ke-68.

LihatTutupKomentar