Berita Gembira) Gaji kecil, Tiada Slip Gaji Kini Boleh Beli Rumah ...

Berita Gembira) Gaji kecil, Tiada Slip Gaji Kini Boleh Beli Rumah ...


Bekerja Tiada Slip Gaji Pun Boleh Beli Rumah | Mohon SJKP 2022

Tahukah anda bergaji bersih RM1,000 sebulan, anda mampu membeli rumah sendiri di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan atau SJKP

Yang lebih menarik lagi, pemohon bekerja tanpa penyata pendapatan bulanan seperti bekerja sebagai nelayan, petani, operator kilang, peniaga kecil, pemandu teksi, dan pekerja am ada  peluang memiliki rumah pertama berharga RM300,000 ke bawah melalui SJKP!

Dalam masa yang sama, Bank Muamalat telah melancarkan skim Smart Mortgage-SJKP menerusi peruntukkan sebanyak RM70 juta kepada 300 pelanggan yang akan menikmati pembiayaan 100% daripada harga belian.

Mungkin pada tahun baru 2022 ini, azam dan impian anda untuk memiliki rumah tercapai dengan skim ini?

Melalui belanjawan 2022, kerajaan ada membentangkan dana peruntukkan baru agar lebih ramai rakyat Malaysia memiliki rumah.

Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP Berhad) adalah syarikat milik penuh Menteri Kewangan, diperbadankan pada 6 Disember 2007.

Tujuan penubuhannya adalah bagi mengatasi masalah kesusahan yang dialami mereka yang tidak berpendapatan tetap seperti petani dan peniaga kecil bagi mendapatkan kemudahan kewangan bagi membeli rumah kediaman mereka.

Skim ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.

Tempoh pembiayaan perumahan SJKP sama seperti bank iaitu 35 tahun atau usia peminjam 65 tahun, mana-mana yang terdahulu.

Bagaimana Cara Permohonan?

Proses permohonan / pendaftaran skim perumahan SJKP adalah seperti berikut:

    1. Mengenalpasti rumah yang ingin dibeli dan mendapatkan dokumen berkaitan seperti draf perjanjian jual beli / resit bayaran tempahan.
    2. Dapatkan surat pengesahan pendapatan daripada individu yang dibenarkan (Pegawai Kerajaan Kategori A, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Penghulu atau wakil yang terpilih). Surat itu hendaklah menyatakan nama, nombor kad pengenalan, sumber pendapatan, purata pendapatan bulanan, tempat perniagaan dan tempoh berniaga. Sila dapatkan dua surat berasingan sekiranya kedua-dua suami dan isteri mempunyai sumber pendapatan berasingan. Untuk kakitangan bergaji, sila bawakan penyata gaji dan penyata EPF.
    3. Menyediakan dokumen sokongan sumber pendapatan seperti penyata akaun simpanan, Lesen Perniagaan, Kad Pendaftaran Nelayan atau rumah geran tanah (untuk aktiviti pertanian) atau lain-lain dokumen sokongan aktiviti jual beli.
    4. Sila bawa semua dokumen yang dinyatakan dan mohonlah pembiayaan perumahan dimana-mana cawangan institusi-institusi kewangan yang terdekat yang menyertai skim jaminan ini.

Antara institusi kewangan yang terlibat ialah:

    • Affin Bank
    • Affin Islamic
    • Agro Bank
    • Alliance Bank
    • Alliance Islamic Bank
    • AmBank Group
    • AmIslamic Bank
    • Bank Islam
  • PERINGATAN: Permohonan mestilah dibuat di mana-mana cawangan institusi-institusi kewangan yang turut serta dalam skim ini dan bukan secara terus ke pejabat SJKP Berhad.

    Apakah Kriteria Kelayakan Memohon?

      • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas
      • Skim Jaminan Kredit Perumahan hanya sah untuk pembelian rumah kos rendah dan sederhana, sama ada sedang dibina atau telah siap, rumah sedia ada daripada penjual atau lelongan.

    SJKP tidak menjamin pembiayaan perumahan untuk pembinaan rumah di atas tanah sendiri.

LihatTutupKomentar