Baru kenal tak sampai sehari..” Instafemes Berhijab Dicekup BerkhaIwat Dgn Suami Orang Di Hotel Bajet
Macam mana baru kenal tak smpai sehari dah boleh bawa ke hotel? Muda lagi tu.
Kulim: Baru berkenalan tak sampai 24 jam, seorang lelaki berstatus suami orang dicekup berkhalwat dengan seorang wanita di sebuah hotel di daerah ini, malam tadi.
RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI
Pasangan itu dipercayai berkenalan melalui aplikasi media sosial sebelum dicekup khalwat oleh sepasukan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) ketika berdua-duaan dalam sebuah bilik hotel berkenaan pada 10.15 malam.
Kes disiasat mengikut Seksyen 25(a)(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014.
“Sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Anwar Shariffudin berkata, pihaknya akan melakukan pemantauan terutama di kawasan hotel yang disyaki menjadi tumpuan pasangan yang tiada ikatan suami isteri atau mahram untuk menyewa di daerah itu untuk membanteras kegiatan maksiat.
Antara Komen Netizen :
“ajer setan perangai tak cukup bini mkn luar lg..yg betina tu garekkkk sgt baru kenal dh check in hotel ehhhhh apa perasaan bini dia tau jd mcm tu..” Foziah Othman
“Bljr la utk setia dn brtanggungjwb jika sudah bristeri. Untuk yg wanita, sayangi diri sendiri, ingat Allah dan ibu bapa kita” – Maimunah Ismail
“Kerap betui kes di Kulim ni.Tapi bukan sebab kat tempat lain takdak kes macam ni. Ada ja. Tapi sebab saya pernah membesaq di Kulim. Kulim memang aktif bab rushing port beromen ni. Zaman Ustaz Azmi dulu lagi sakan. Tiap2 hari ada kes kena tangkap orang beromen ni.” – Nazri Ahmad