4 ahli keluarga maut dalam kemalangan jalan raya di KL

4 ahli keluarga maut dalam kemalangan jalan raya di KL


PETALING JAYA: Empat sekeluarga maut apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) di Lebuhraya Sultan Iskandar di Kuala Lumpur hari ini.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan Hamdan Samad berkata pihaknya menerima panggilan mengenai perlanggaran pada 10.50 pagi.

Beliau berkata, pemandu 4WD, Aliff Asraf Abu, 27, mengalami cedera ringan dan dimasukkan ke hospital.

Pasangan dalam MPV itu dan dua anak mereka maut.

Hamdan mengenal pasti pasangan itu sebagai P Milan Damani, 32, dan C Tinisha, 31, serta anak mereka sebagai Ishaan Ivan, tiga, dan Rihaan Ivan, empat.


LihatTutupKomentar