10 maut termasuk 8 kanak-kanak dalam kemalangan empat kenderaan

10 maut termasuk 8 kanak-kanak dalam kemalangan empat kenderaan


SHAH ALAM – Seorang pemandu treler direman empat hari bagi membantu siasatan kemalangan mengorbankan 10 mangsa di Kilometer 8.3, Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) di Subang Jaya dekat sini malam tadi



Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Mohd. Fairus Jaafar berkata, lelaki berusia 37 tahun itu kini ditahan untuk tindakan lanjut dan permohonan reman dibenarkan bermula hari ini hingga 21 Disember ini.

Menurut beliau, hasil ujian alkohol dan air kencing ke atas lelaki itu didapati negatif.

Siasatan awal mendapati kejadian melibatkan treler dan tiga buah kereta itu berlaku pada pukul 12.09 tengah malam tadi.

“Treler itu dipercayai merempuh tiga kereta yang berhenti di lorong kecemasan ekoran salah satu daripadanya mengalami kerosakan. Dua kereta lain berhenti untuk memberi bantuan,” katanya.

Nahas mengakibatkan 10 mangsa berusia 10 bulan hingga 37 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayat dihantar ke Hospital Shah Alam untuk proses bedah siasat.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Subang Jaya, Asisten Superintendan Lim Chin Huat di talian 012-2018080 untuk tindakan lanjut. -K! ONLINE

LihatTutupKomentar