Harap Wang Hantaran Saja Mahal, Tapi Tak Pandai Masak, Malas Kemas Rumah, Jual Anak Ke?

Harap Wang Hantaran Saja Mahal, Tapi Tak Pandai Masak, Malas Kemas Rumah, Jual Anak Ke?


Rata-rata kita dengar topik hari ini mengenai lelaki memperlekehkan perempuan “hantaran mahal, tapi tak pandai masak, pemalas, jual anak”. Yaa, memang benar hantaran mahal itu menjadi bebanan kaum lelaki untuk berkahwin.

Tetapi lelaki kena sedar, jika kamu sudah memmberi hantaran itu sebagai “wang hadiah”, kenapa kamu mesti mempertikai wang hantaran itu menjadi sia-sia apabila isteri kamu pemalas, tak pandai masak? benarkah itu wang hadiah? atau wang upah “orang gaji” selepas berkahwin? Kalau upah orang gaji pun belum cukup nilai 20k selama kamu berkahwin dengannya.

Kalau dah si lelaki rasa dia seorang yang rajin sangat, lebih baik lelaki mengajar si isteri memasak, menegur isteri membantu mengemas rumah dari kamu mempertikaikan “wang hadiah”. Lagi pun wang hantaran bukan lah lambang “nilai” seorang perempuan. Tetapi itu sebagai “effort” sebagai seorang lelaki yang sanggup simpan dan beri dengan ikhlas pada perempuan itu.

Kalau dah wang hantaran pun tak mampu nak cari, macam mana mak bapak perempuan nak percaya yang lepas kahwin si lelaki mampu cari duit untuk anak mereka. Seterusnya, banyak topik mengenai “rezeki melimpah ruah apabila isteri melayani suami”, “isteri senang masuk syurga apabila masak untuk suami” saya jadi tak faham, kenapa isteri? kenapa bukan suami? Tiada pahalakah lelaki berkhidmat untuk isteri?

Zaman dahulu, perempuan duduk di rumah, suami bekerja. Saya rasa layak lah si isteri bertanggungjawab serba serbi hal dalam rumah. Zaman sekarang, zaman perempuan bekerja, isteri cari duit, memasak, mengemas rumah, jaga anak. Lelaki semata-mata balik kerja nak isteri dah siap semua. Jika isteri biar rumah bersepah, tak memasak terus cakap isteri pemalas.

Siapa yang pemalas sebenarnya? isteri atau suami? Tiada dalam hukum dalam alquran satu pun mengatakan tanggungjawab isteri memasak, mengemas rumah. Yang ada cuma layan suami, jaga & didik anak. Klau dah perempuan dicipta kudrat yang lemah, lelaki kudrat yang lebih kuat dari perempuan. Kalau perempuan mampu buat semua, makna lelaki lebih mampu buat semuanya.

Lelaki bertanggungjawab jaga hati isteri, Kalau serba serbi hal dalam rumah nak isteri peduli, sampai kan isteri dah cukup letih. Walhal kamu lelaki yang kudrat banyak itu cuma mengarah “order” sahaja, itu bukan sebagai penganiayaan kah? kalau isteri berkhidmat pada suami walhal lebih dari kamu berkhidmat pada isteri, itu dikatakan suami menjaga hati isteri kah?

Kamu mengarah isteri buat pahala, tapi kamu suami semata-mata menggunakan hukum demi mempergunakan isteri. Tak rasa berdosa kah? islam dah letak darjat perempuan itu untuk dilindungi, dijaga bukan untuk dipergunakan. Hal dalam rumah seperti kemas rumah, memasak sepatutnya suami & isteri sama-sama buat. Apa guna kahwin kalau semua isteri buat, baik kudrat lelaki tu Allah cipta bagi dekat perempuan kalau dah semua nak isteri buat.

Nafkah yang lelaki bagi kat isteri pun tak pernah cukup, ada hati nak “complaint” isteri pemalas. Kalau rumah tu selerak, makna bukan isteri saja pemalas, tapi suami pun pemalas. Sebagai wanita kena sedar, suami yang kamu kahwin itu bukannya anak kecil yang perlu dimanja-manjakan. Sampai pinggan makan sendiri pun isteri yang basuh, baju nak isteri gosokkan, tak rasa nak bantu kemas rumah lansung.. memasak kat dapur lagi lah..

Jika isteri terlalu manjakan suami, semua serba serbi dalam hal rumah isteri yang buat, makna isteri dah beri ruang suami dalam zon yang sangat selesa & manja. Ada masa isteri malas nak kemas rumah, malas nak lipat kain baju sebab kan penat, senang-senang jaa suami cop isteri pemalas, padahal suami sendiri tak tahu penatnya nak kena urus hal dalam rumah. Bila si isteri penat, sampai kan tak sempat mempedulikan diri sendiri, nak berhias untuk suami, mula suami bagi alasan untuk curang sebab si isteri tak cantik, tak layan suami dalam bilik..Sebab itu banyak kes cerai zaman sekarang, sebab isteri terlalu letih bekerja, tak ada masa, penat-penat “setel” semua hal dalam rumah, suami yang berada dalam zon hati senang & selesa mudah curang sebab si suami banyak masa “free” dan alasan “isteri tak layan suami”, ” isteri tak berhias”, “isteri tak cantik-cantik untuk suami”


Berilah suami tugas dalam urus hal rumah seperti kemas rumah, tolong isteri memasak kat dapur. Setidak-tidaknya dia tahu rasa penatnya pengorbanan isteri dan meringankan beban isteri. Sekaligus mengelak si suami ada masa untuk curang. Tiada alasan untuk suami guna hukum isteri kena buat semua tugas dalam rumah demi memanjakan suami. Tanggungjawab isteri melayani & berkhidmat pada suami.


Kalau isteri penat, letih isteri berhak tak melakukan tugas dalam rumah. Khidmat untuk suami setakat mana mampu, jika tak mampu serah semula pada suami kerana segala-galanya tanggungjawab suami.. isteri sekadar membantu bukannya bertanggungjawab atas segalanya..


Perempuan kena tahu hak perempuan, jangan biar lelaki guna hukum demi mempergunakan perempuan. thuahu yang kita sekadar membantu, bukan bertanggungjawab.. jika suami tak sempat buat itu tanggungjawab isteri membantu.. tapi kalau dah suami duduk saja, isteri buat semua, isteri yang lebih letih pada suami.. itu pahala isteri kerana berkorban urus hal dalam rumah demi si suami yang manja..


Alhamdulillah kepada mereka yang rezeki memperoleh suami yang ringan tulang, tak mengeluh kalau isteri tak mampu sempurnakan hal dalam rumah dan nikmat bahagia yang sebenar dalam rumah tangga adalah dapat suami yang setia pada yang satu.


Lelaki tolong laa jangan letak mindset, “bila kahwin, semua hal dalam rumah isteri ku kena uruskan” banyak perempuan sekarang takut / taknak kahwin sebab ini lah.. Sebab tak ready nak bersusah payah demi suami yang bersenang-lenang.


LihatTutupKomentar