Gubah wang hantaran jadi ‘bouquet’, Sekali pengantin dedah harga untuk buat bauquet sebenar itu buat netizen terkedu..
Sudah menjadi kebiasaan apabila pengantin lelaki akan memberikan wang hantaran kepada pengantin perempuan semasa majlis pernikahan mereka.
Wang tersebut biasanya dalam jumlah yang banyak dan kebanyakan pasangan pengantin mengambil langkah lebih selamat dengan membayarnya secara atas talian ataupun menggunakan cek.
Imam tanya mana wang hantaran
Namun begitu, berbeza dengan seorang pengguna TikTok yang juga seorang usahawan apabila berkongsi video semasa majlis pernikahannya dengan menyerahkan wang hantaran secara tunai.
Apa yang membuatkan ramai terkejut adalah wang kertas tersebut digubah menjadi jambangan duit yang cukup besar.
Besar sangat susah bawa
Pada awalnya jambangan duit kertas yang berjumlah RM15,000 itu hanya diletakkan di dalam bonet kereta sahaja. Namun, setelah imam yang akan menjadi kadi untuk pernikahan tersebut bertanya tentang wang hantaran, pengantin lelaki segera bangun dan membawa masuk jambangan duit itu.Dia juga mengakui ada mengatakan yang sukar untuk ‘membawa’ wang hantaran, rupanya ‘kesusahan’ tersebut disebabkan jambangan berkenaan cukup besar dan berat.
Serahkan wang hantaran atas pelamin
Dapat dilihat not RM50 digubah sehingga menjadi besar menyamai dengan jumlah wang hantaran yang diberikan. Setelah selesai akad nikah, pengantin lelaki yang dikenali sebagai @fitrikhai_ itu telah menyerahkan jambangan duit kepada isterinya di atas pelamin.
Besarnya jambangan bunga tu
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet telah meninggalkan pelbagai pendapat tentang tindakan pengguna TikTok itu.
Ada di antara mereka berasa seronok melihat jambangan duit yang cukup besar sebagai salah satu cara menghargai isteri. Namun, ada juga yang berasa kurang selesa kerana seakan menunjuk-nunjuk sedangkan wang hantaran bukanlah suatu kewajiban.