Ejen kosmetik mangsa culik diselamatkan di Thailand, ini kata2 polis
KUALA LUMPUR: Ejen jualan produk kosmetik wanita Rosnazirah Mohd Naim, yang diculik sekumpulan lelaki dari kediamannya di Tumpat, Kelantan pada 13 September lalu berjaya diselamatkan.
Lokasi kedudukan mangsa berusia 36 tahun itu berjaya dikesan hasil bantuan dan kerjasama erat antara pihak berkuasa Thailand dan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata melalui kerjasama erat ini Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Polis Diraja Thailand serta perkongsian maklumat dan perisikan berjaya mengenalpasti lokasi keberadaan di Thailand.
“Mangsa kemudiannya berjaya ditemui dan diselamatkan sebelum dibawa pulang ke tanah air hari ini.
“Dalam kes ini juga seramai tujuh lelaki tempatan ditahan di sekitar Kelantan, Selangor dan Kuala Lumpur,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kenyataan pihak polis.
Antara komen netizen,
Alhamdulillah, semoga selamat tiba kepangkuan keluarga, ditutup segala aib dan dipermudahkan urusan berubat pulih semangat.
Allahuakhbar Alhamdulillah ya Allah sebak sgt sbb dpt bayangkan klu dia keluarga kita sendiri. Semoga keluarga dia lega dpt tahu berita ni. Pengajaran utk kita semua juga rakyat Malaysia.
Alhamdulillah, Moga dijadikan pengajaran kpd mereka yang terlibat dalam sindiket dadah di luar sana..Apapun, dadah tetap musuh negara!.
Berkat doa semua. Sebaknye ya allah. Alhamdulillah. Semoga semua dalam lindungan dan peliharaanNya.
Alhamdulillahh, sentiasa menanti khabar baik berkenanaan kes kakak ni.. wlaupon xkenal tp sgt2 memahami perasaan keluarga mereka.. moga semuanya dlm keadaan baik dan selamat.
Alhamdulillah… semoga mangsa selamat dan sihat. mesti trauma … keluarga pun tk sabar nk jumpa.