Duduk Dengan Mertua, Satu Hari Aku Sakit Perut, TibaTiba Aku Nampak Kepala Dkt Atas Masa Dalam Bilik Air
Hi Assalam kepada semua pembaca. Aku perkenalkan diri aku sebagai Eka. Aku dan suami sudah mendirikan rumah tangga hampir dua tahun.
Mempunyai seorang anak. Kami tinggal di rumah keluarga mertua aku memandangkan suami aku saakit dan tidak mempunyai pendapatan tetap.
Walaupun begitu aku dan suami tetap berusaha untuk mencari rezeki. Aku menjual tudung.
Suami pula membaiki pc, membuat pc gaming, format dan yang berkaitan komputer.
Aku seorang yang pendiam, tidak banyak cakap, tidak pandai berborak, hanya senyum sahaja dan jawab soalan apabila ditanya.
Memandang di rumah mertua kami hanya berlima. Fil, Mil, Suami, aku dan ank aku.
Jadi sunyi jela rumahnya. Adik beradik suami sangat ramai dan jujurnya aku kurang selesa bila mereka semua pulang ke kampung sebelum pkp ni la.
Sebabkn aku yang tak pandai nak bergaul. Mana tak nya, kakak2 suami semua dah macam mak aku. Anak2 sedara suami pula ramainya yang lagi tua dari aku.
Ini kerana suami aku ank bongsu. Mil n fil aku pun dah ramai cicit jadi bayangkan mereka dah tua.
Tak sampai hati pulak kalau kami tidak tinggal dengan mereka. Walaupun jauh untuk ulang alik ke hspital.
Aku tahu mil selalu mngadu pasal aku dan selalu burukkan aku dekat anak anak dia.
Macam mana aku boleh tahu? Anak perempuan dia la yang wasap suami aku. Dan aku baca senyap2.
Suami aku tak de cerita apa pun. Jadi aku diamkan aja. Banyak benda yang aku pendam sendiri dan tak kongsi dengan suami sbb aku tak nak bergaaduh.
Contoh bila aku masak mil komen2 ckp aku masak hangit la apa la. Eh bila dah siap masak dia yang habiskan.
Lagi bila masak. Aku nak goreng kuih tapi disuruhnya aku guna minyak bekas goreng ikan.
Ini yang paling aku tak boleh terima, masa anak aku 4 bulan aku ingat lagi.
Anak aku nangis nangis aku tahu mengaamuk nak tidur.
Tapi mil dok paksa2 aku bagi anak makan katanya dia lapar. Memang masa anak 4 bulan lagi dia dok sibuk suruh bagi makan. Kesian lapa katanyaa.
Bila aku cakap 6 bulan baru boleh makan dia marah2 aku. Bila dia main dengan anak aku.
Senyap senyap dia suapkan makanan. Air teh dia suap. Biskut. Buah tu buah ni.
Korang bayangkan masa tu ank aku bru 4 bulan. Yang paling aku terkejut dia bagi durian. Tapi aku diamkan aja. Apa yang jadi aku x pernah cerita kt ma abah aku.
Bukan ma abah tak pernah tanyaa macam mana duduk dekat sana.
Pernah je tanya tapi aku cuma jawab ok je. Disebabkn aku malas nak kusutkn keadaaan.
Orang akan anggap benda kecik je tapi aku sebagai ibu. Hmmm. Sambunggg balik cukup ank aku 6 bulan aku buatkan laa bubur utk dia. Belajar dari group happy baby food malaysia.
Elok je ank aku makan. Happy sangat aku. Tapi fil dan mil x puas hati aku bg bubur.
Hari hari suruh bagi nestum., Tapi satu hari, kakak suami aku wasap dan tanya ank aku makan apa.
Suami pun jawab laa bg bubur semua tu. Dan dia kata bahaaya bagi makan bubur. Beli la nestum baby apa tah.
Aku tahu ni cadangan mil. Kalau tak, tak kan tiba tiba wasap terus tnya ank makan apa. Suami ada cakap yang aku ada belajar dekat fb yg pasal bubur tuu.
Dia maarah dia kata jangan percaya sangat fb tu semua mangarut je. Terus suami pegi beli nestum utk anak.
Aku ada cakap bby tak boleh gula, garam, perisa tambahan semua tuu tapi nestum tu ada gula tak elok untuk baby.
Tapi suami tetap suruh bagi nestum juga. Habis dah bab tu dan sekarang aku nak ajar balik anak aku makan bubur.
Masa first try tu masuk dua sudu dia muntah teruk.
Tak boleh terima bubur sebab tak rasa apa. Aku buat bubur nasi + carrot. Boleh mil cadang kan isi gula. Lagi la dia tak nak.
Bila aku balik rumah ma aku, aku cakap nak ajar dia bubur balik. Ma aku buatkan. Elok je dia makan.
Itu cerita dulu dulu yang aku pendam masa anak aku kecik. Sekarang anak aku dah nak masuk setahun.
Ni yang aku nak cerita sebenarnyaa. K3s terbaru 7/4 lepas asar aku saakit perut.
Bilik air pertama ada Fil, aku tahu sebab aku nampak mil kt luar. Aku di tandas kedua. Sebelah dengan bilik air yang ada fil. Dinding antara bilik air tu tak sampai atas jadi ada ruang.
Di dinding belah atas tu aku nampak bayang aku tenung je lagi sebab nak pastikan apa. Tiba tiba aku nampak kepala fil. Dia mengintai aku.
Aku pun cakap ‘eh abah’. Terus hiilang kepalanyaa. Disebabkn aku saakit perut lagi. Aku cepat cepat keluar pergi tandas ke empat, tandas hujung.
JNtung laju tak payah cakap laa. Dan aku berfikir perlu ke aku cerita dekat suami. Takut suami tak percaya dan aku ni kan jenis berat mulut.
Bila fikir fikir aku nekad nak bagitahu suami dan nk bersumpah laa takut dia tak percaya.
Tiba tiba aku terfikir lagi. Entah entah aku yang salah nampak. Sedangkan aku betul betul yakin dengan apa yang aku nampak.
Keluar dari tandas aku berjalan laju ke bilik. Dan yang mengejutkan fil tunggu dan dia ckp ‘eka abh mintak maaf tak sengaja’. Aku tak pandang pun muka dia terus masuk bilik dan kunci.
Suami pulak terlelap padahal sebelum aku pergi tandas dia hidup je lagi.
Aku cepat cepat kejut dan cerita apa yang jadi sambil ketar ketar. Terus berubah muka suami.
Yang myakinkan lagi sebab fil cakap mintak maaf tu maknanya aku memang tak salah nampak.
Esokkan hari nyaa aku balik rumah ma aku dengan izin suami. Walaupun pkp mujo tak jauh, satu daerah je.
Berminggu juga la aku duduk rumah ma aku dan aku terpaksa cerita hal yang sebenar walaupun berat. Maaf aku gagal jaga aib fil. Yang tahu hanya ma dan kakak aku.
Aku suruh rahsia kan dari abah sebab tak nak benda buruk pulak jadi nanti. Maklum la abah tentera paham paham jela. Suami cerita apa yang terjadi kepada sorang kakak dia ni.
Kakak dia ni yang paling baik laa. Dia juga yang pesan supaya jangan bagitahu adik beradik lain dan suruh jaga aib bapak diorg.
Kami buat keputusan untuk keluar dari rumah tu dan menyewa.
Suami ada post nak cari rumah sewa, tak sampai berapa minit adik beradik dia semua serbu wasap tanya kenapa nak duduk rumah sewa pulak.
Dduk je la dengan mak bapak, diorang dah tua. Semua bangkang dan marahkan suami.
Suami stress mencari rumah sewa bukan mudah. Nak yang kecik murah tapi teruk sangat. Hmmm.
Sepanjang aku stay dengan family aku. Suami bagitahu yang bapak dia tak keluar bilik, tak makan, tak buat apa apa.
Rindukan cucu katanya sebab sebelum ni dia yang rajin melayan anak lelaki aku tu.
Risau bapak dia kemurungan dia pujuk aku untuk balik sana semula. Katanya bapak dia melutut mintak maaf dengan dia.
Dah insaf katanyaaaaaa. Aku pun balik la sana, masih sama tak keluar bilik dan tak makan.
Suami kata balik nanti berkumpul semua (fil,mil,suami,aku) fil nak mintak maaf. Lagi la aku berdebor sebab aku masih lagi x boleh terima perbuatan dia tu.
Apa lagi nak menghadap muka dia. Bila aku balik tak berlaku pun yang kata nak berkumpul dan mintak maaf semua tu. 3 4 hari je dia berkurung.
Lepas tu back to normal. Tengok tv, borak dgn mil. Tapi aku tetap tak boleh terima.
Aku tak bercakap, nampak dia kt dapur terus tak jadi pergi dapur. Trauma aku nak ke tandas.
Mesti suruh suami teman kan tunggu kt dapur. Kalau korang tanya aku maafkan ke tak. Entah la weh berat je rasa hati nii.
Kata ahli msjid sangat, orang kata pkp tak boleh solat kat msjid pegi juga.
Haji pun dah pegi, malam2 mengaji tapi kenapa buat benda tak patut pak pak haji buat.